Welcome

Anti Essays offers essay examples to help students with their essay writing.

Sign Up

Masakan Essay

  • Submitted by: wahidah
  • on March 19, 2012
  • Category: Miscellaneous
  • Length: 695 words

Open Document

Below is an essay on "Masakan" from Anti Essays, your source for research papers, essays, and term paper examples.

Masakan China atau Masakan Cina (bahasa Cina: 中國菜) berasal dari pelbagai tempat di China dan telah meluas di merata tempat di dunia — dari Asia Timur hingga Amerika Utara, Australia dan Eropah Barat.
Perbezaan kebudayaan antara setempat amat ketara di China, berbeza juga jenis gaya makanannya. Terdapat lapan masakan setempat yang utama, iaitu: Anhui, Kantonis, Hokkien, Hunan, Jiangsu, Shandong, Szechuan, dan Zhejiang. Terdapat juga masakan mengikut agama termasuk Buddha dan Muslim.

Alat makan

Penyepit merupakan alat makan utama bagi makanan pejal, manakala sup dan cecair lain dinikmati dengan camca yang lebar dan rata di bawahnya (secara tradisinya buatan seramik). Adalah dilaporkan bahawa penyepit kayu makin pudar dominasinya akibat pembalakan yang berkurangan di China dan Asia Timur [perlu rujukan]; kebanyakan kedai makan Cina hendak beralih ke alat makan yang lebih mesra alam, seperti penyepit plastik atau buluh [perlu rujukan]. Bahan lebih mahal yang digunakan pada zaman silam termasuk gading dan perak. Sebaliknya, penyepit pakai buang buatan kayu/buluh kian menggantikan penyepit guna semula di restoran

Masakan

Satu hidangan dalam budaya Cina biasanya terdiri daripada dua atau lebih komponen utama:
  1. satu sumber karbohidrat atau kanji, yang dikenali sebagai zhǔshí ("主食" "makanan utama", makanan ruji) — biasanya nasi, mi, atau mantou (pau kukus); dan
  2. penyertaan hidangan sayur-sayuran, daging, ikan, atau benda-benda lain, dipanggil cài (菜, "sayur").
Mi merupakan bahagian yang penting dalam kebanyakan masakan Cina. Namun, di kebanyakan tempat di China, terutamanya bahagian utara, produk berasaskan gandum termasuk mi dan pau kukus (seperti mantou) lebih banyak, berbanding bahagian selatan yang dikuasai nasi. Meskipun nasi itu amat penting dalam masakan Cina, kadang-kala nasi langsung tidak dihidangkan; apabila begini, nasi hanya akan diberi apabila masakan lain sudah tiada, atau sebagai hidangan sampingan berbentuk nasi goreng pada akhir...

Show More


Citations

MLA Citation

"Masakan". Anti Essays. 11 Dec. 2018

<http://parimatchstavki7.com/free-essays/Masakan-187639.html>

APA Citation

Masakan. Anti Essays. Retrieved December 11, 2018, from the World Wide Web: http://parimatchstavki7.com/free-essays/Masakan-187639.html